Thursday, December 15, 2011

Hebat Berdebat katanya

nampak "hebat" di alam maya,
cuba jumpa orang tersebut di alam nyata?
adakah sama serupa?
entah-entah sekadar hebat berkata,
terasa?padan muka.

Monday, August 22, 2011

Gembira

Apabila kau gembira,
kadang-kadang kau mudah lupa,
apabila mudah lupa,
banyak kerja tergendala

itu yang susah,
sedangkan bakat perlu diasah
ianya bukanlah mudah
apabila salah,ramai yang mengalah

Tak salah untuk bergembira
asalkan hati tidak alpa
kerana dengan alpa
banyak kerja tergendala

Saturday, June 18, 2011

Gembira,jangan leka

hidup jangan terlalu gembira
elak nanti akan terluka
biarkan ianya hanya seketika
supaya diri menjadi lebih etika.

hidup jangan leka
takut nanti akan cepat terlupa
malah akan merana
oleh itu lebih baik kau cepat peka..

Tuesday, February 22, 2011

"Lihat dirimu,kau akan tahu siapa kamu"

Wajahku bengis,
membuatkan dia menangis,
aku takut dia terguris,
lalu aku cepat menulis..

Dia kata,aku romantis,
hati puitis,
walaupun aku bengis,
jiwaku seorang penulis..

Aku terus terpaku,
mengapa kau kata begitu?
Lalu,dia diam membisu,
"Lihatlah dirimu,kau akan tahu"

Friday, February 18, 2011

Manusia Dan Harta

Dengan Harta,
Manusia boleh buta,
Malah,menjadi alpa..
Tapi,tak mengapa kata mereka,
Mereka lupa,
mereka lah menjadikan dunia seperti neraka
yang mereka telah reka
atas nama harta.

Apakah kau sedemikian rupa?
Lalu dia berkata,
Mana ada,aku tiada harta,
malah,tiada rupa,
Aku hanya insan biasa,
Biarlah papa kedana.

Lalu terdiam si anu bin si fulan itu~