Tuesday, November 16, 2010

Hati Tanpa Hati-Hati

1
Perlukah aku
menjadi hati-hati..
kerana hati ini?
padahal kau ada disisi?

2
Hati,
aku bertanya..
mengapa aku perlu berhati-hati?
Mungkinkah aku takut hilang posessi
hati ini?

3
Lalu ianya menjawab
Mengapa kau perlu risau?
Hati tak perlu berhati-hati
jika kau percaya pada hati yang suci~


Lalu..
Ku diam..terpaku..

Sunday, March 7, 2010

pabila kau merenung matanya..

hey! hey! hey!
ini bukan ku ambil dari lagu Yuna
haha~

inginku berkongsi pada semua..
tatkala ku merenung matanya..
ibarat semua kerja tak kena,
apakah ini satu derita?

oh malam..
inginku bertilam melihat malam..
inginku beritahu padamu tentang cintaku yang dalam..

tetapi,
kau masih tak mengerti.
apa kau faham isi hati ini?
oh,mungkin kau ingat ini idea basi..
tahu lah bahawa,gusi ini seperti besi yang selalu gah berani
memberitahu isi hati ini..

Wednesday, January 6, 2010

Melodrama yang Melankolik..

Pernah ku ucapkan,
ku cintakan dirimu..
tapi,
kau meragu..
membisu,padaku..

Lalu ku berdiam,
bukannya menyimpan dendam,
di hati,
tak ingin ku sakiti hati..

Sayangilah dirimu,
dan tinggalkan diriku..
Jangan kembali..
meratapi.
hati ini..

Kerna ku kan pergi,
membawa diri,
tanpamu di sisi..

Tak ingin ku ingati,
hari ini..

Sunday, January 3, 2010

itu..

bagaikan ada sesuatu
yang tersimpul di situ,
umpama satu
batu
yang membuatku
keliru..

cinta itu abstrak,
ianya tidak dapat dilihat dengan mata katarak
ia boleh dianggap seperti permata perak,
yang boleh dilerak,selerak..

-Shafie-

Saturday, January 2, 2010

rasa ini..

kadangkala aku dapati,
hati ini
sunyi..
mungkinkah ini mimpi?
ataupun ilusi?
yang penting,ianya tidakla delusi..
apa fungsi,
untuk ku sunyi?
apakah ku perlu gadis sunti?
oh,tidak~
bukan itu yang ku mengerti..
mungkinkah ini kerana rasa hati?
yang satu ini disebabkan si dia yang masih disayangi?
yang selalu dibayangi?
yang sentiasa diingati?
oh..
aku tak mengerti..
sedangkan ia dah pasti,
tidak akan kembali..